suria

Himpunan ISA: Suasana di ibu negara

LARI..Penyokong anti-ISA lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan FRU bagi menyuraikan himpunan tersebut.
LARI..Penyokong anti-ISA lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan FRU bagi menyuraikan himpunan tersebut.
LARI..Penyokong anti-ISA lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan FRU bagi menyuraikan himpunan tersebut.

BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara semalam:

7:05 malam: Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Sabtu Osman berkata, 438 orang telah ditahan sehingga pukul 6 petang termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvana.

6.45 petang: Gabungan Bersama NGO Malaysia yang pro-ISA sahkan tujuh orangnya juga ditahan polis hari ini, di kawasan Pasar Seni.

6.35 petang: Polis teruskan tangkapan; kawalan FRU dikekal di ibu negara; beberapa jalan, antaranya TAR masih ditutup.

6.20 petang: Kumpulan kecil penyokong anti-ISA berkumpul semula di Jalan Dang Wangi dan kawasan Masjid Jamek. Polis mula ambil tindakan.

5.50 petang: Peserta perarakan anti-ISA sudah bersurai. Keadaan pusat bandaraya Kuala Lumpur kelihatan tenang. Sekatan di jalan-jalan utama sudah mula dibuka.

5.15 petang: Magaran, kumpulan pro-ISA menyerahkan memorandum kepada Istana Negara, kata Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia

4.40 petang: Polis berada di depan pintu Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan masuk oleh pengurusan PAS. Pemimpin Pakatan berada di tingkat atas bangunan tersebut.

4.30 petang: Polis masih ditempatkan di kawasan luar Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Ada usaha penyokong GMI untuk berhimpun semula di kawasan Kompleks Sogo.

4.05 petang: FRU lepaskan gas pemedih ke arah penyokong GMI yang masih berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat PAS. Ketika itu pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI sedang adakan sidang akhbar di dalam pejabat PAS.

3.45 petang: Kumpulan peserta perarakan anti-ISA yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat PAS sudah bersurai.

3.36 petang: Helikopter rondaan daripada PDRM berlegar di udara; ketika pemimpin Pakatan berucap. Siren amaran ambulans kedengaran, lalui hadapan pejabat PAS.

3.32 petang: 157 ditahan menjelang himpunan anti-ISA hari ini sejak pagi tadi, kata polis.

3.30 petang: Pengerusi GMI, Syed ibrahim berucap, beliau berkata lebih 100 penyokongnya ditahan hari ini.

3.27 petang: Himpunan manusia tutup Jalan Raja Laut, lalu lintas lumpuh; Pemimpin Pakatan mula berucap di hadapan Ibu Pejabat PAS.

3.15 petang: Perarakan anti-ISA menuju ke arah Maju Junction dengan membawa kain rentang.

3.07 petang: FRU melepaskan gas pemedih mata dihadapan Kompleks Sogo, persimpangan Jalan Dang Wangi-Jalan Tunku Abdul Rahman.

3.05 petang: Beberapa anggota pasukan Amal PAS, antara beberapa peserta Himpunan anti-ISA yang ditahan. Himpunan mula berkumpul semula di Jalan Raja Laut.

2.50 petang: Himpunan pro-ISA dibata, umum Khairul Azamdin penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara.

2.48 petang : FRU berkali-kali lepaskan gas pemedih mata 'perisa' lada hitam di hadapan stesen LRT Bandar Raya.

2.45 petang: Gas pemedih mata dilepaskan. Pasukan FRU bergerak dari bangunan DBKL ke arah perarakan GMI.

2.40 petang: Himpunan berarak ke arah bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.

2.28 petang: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berucap di hadapan kumpulan penyokong anti-ISA dan unit amal PAS di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Mereka kembali berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.25 petang: Pergelutan berlaku antara polis dan Unit Amal PAS apabila polis cuba menangkap seorang peserta himpunan anti-ISA.

2.24 petang: Kumpulan yang disuraikan itu kembali berhimpun semula di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan tersebut.

2.10 petang: Pengusaha di premis sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), menutup kedai-kedai masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

2.10 petang: Satu kumpulan anti ISA dari Masjid Jamek dari Kompleks Sogo bergabung dihadapan pusat membeli belah Kamdar dan berhimpun dihadapan Pusat Beli Belah, Globe Silk Store mereka terus berarah ke arah Kompleks Membeli Belah Sogo.

2.05 petang: Kumpulan anti-ISA bergerak ke arah Kompleks Sogo melalui Jalan Melayu dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

2 petang: Polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan LRT Masjid Jamek bagi menyuraikan penyokong yang berkumpul di kawasan tersebut.

1.57 tengah hari: Sekumpulan penyokong anti ISA yang memakai kemeja T berwarna merah berkumpul di kawasan LRT Masjid Jamek untuk berarak. Kumpulan ini mencecah sehingga 1,000 orang.

1.55 tengah hari: Polis menyuraikan kumpulan yang berkumpul dihadapan Bangunan Kraftangan Malaysia. Berlaku pergelutan dan sebahagian besar penyokong ditahan oleh pihak polis.

1.50 tengah hari: Sekumpulan pemimpin PAS pusat termasuk, Abu bakar Sheikh berkumpul di bangunan Kraftangan Malaysia. Mereka diminta bersurai oleh polis kerana dikatakan tidak mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Kumpulan tersebut enggan beredar sebaliknya melaungkan, laungan takbir "Allahuakbar".

1.40 tengah hari: Sekurang-kurangnya 10 ditahan di kawasan Masjid Negara kerana membawa kemeja-T warna hitam tertera mesej Mansuhkan ISA.

1.30 tengah hari: Kawasan Kompleks Sogo kelihatan 'sunyi' tanpa kehadiran penyokong pro dan anti-ISA.

1.25 tengah hari: Kumpulan pro-ISA yang bercadang berkumpul di kawasan Dataran Merdeka tidak kelihatan. Laluan di kawasan Dataran Merdeka ditutup. Penyokong kumpulan pro-ISa hanya berhimpun secara kecil-kecilan di Pasar Seni dan kompleks Sogo dalam lingkungan 2,000 sahaja.

1.15 tengah hari: Kira-kira 200 anggota polis biasa dan FRU mengarahkan orang ramai yang berkumpul di kawasan LRT Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak supaya meninggalkan kawasan tersebut.

1 tengah hari: Jalan Tun Perak-Tun Raja ditutup. Jumlah anggota polis ditambah. Mula mengepung kawasan LRT Masjid Jamek.

12.40 tengah hari: Wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Puspawati Osman dibebaskan polis 20 minit kemudian. Dia ditahan di Jalan Melayu kerana edarkan risalah hak-hak seorang yang ditahan terbitan Majlis Peguam. Majlis Peguam juga sudah mula henti edar risalah itu.

12.20 tengah hari: Seorang wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam antara lebih 50 ditahan; dia antara dua wanita ditahan di kawasan dekat Masjid Jamek

12 tengah hari: 51 individu telah ditahan di pelbagai lokasi di ibu negara - Masjid Negara, kawasan LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kompleks Sogo - setakat ini.

11.20 pagi: Tiga lelaki termasuk seorang yang memakai jaket PAS ditahan di kawasan stesen LRT Masjid Jamek kerana enggan bersurai atau beredar.

11.10 pagi: Polis kelihatan menasihatkan orang ramai khususnya mereka 'disyaki' peserta himpunan ISA supaya meninggalkan kawasan Masjid Jamek. Jurucakap polis memberitahu mStar Online berkata, belum ada tangkapan, cuma ambil langkah cegah sebelum parah.

11 pagi: Suasana sekitar pusat bandar raya - Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman kelihatan tenang.

10.50 pagi: Beberapa penyokong kumpulan GMI yang anti-ISA ditangkap sejak 9.30 pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Perhimpunan 100,000 Rakyat GMI, Kamaruzaman Mohamed.

10.30 pagi: Laluan ke ibu negara semakin sesak, pihak polis pertingkat sekatan lalu lintas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain