suria

Anwar: Jika PM temui sudah tentu Pakatan gugurkan himpunan anti-ISA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah memutuskan untuk gugurkan idea mengadakan perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri telah dipenuhi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memberitahu wartawan di Ibu Pejabat PAS bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak minggu lalu meminta diadakan satu pertemuan.

"Tetapi tiada respons," kata beliau selepas berucap di hadapan penyokong GMI dan Pakatan Rakyat pada akhir perhimpunan anti-ISA di hadapan Ibu Pejabat PAS.

Kata Anwar, pihaknya telah sedia untuk memberikan input dan cadangan berhubung ISA serta perkara lain yang berkaitan jika pertemuan yang dihasratkan menjadi kenyataan.

Semalam Najib berkata, perarakan anti-ISA tidak akan membawa manfaat kerana kerajaan sedang ambil usaha mengkaji akta berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain