suria

Puak pro, anti-ISA tak bertembung; 200 ditahan

BERARAK..Hampir 20,000 penyokong anti-ISA berarak menuju ke arah Kompleks Sogo dan Masjid Jamek. Himpunan ISA menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan-jalan utama di sekitar ibu kota. --foto THE STAR Oleh: AZMAn GHANI.

KUALA LUMPUR: Lebih 200 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA - yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai tidak sah - ditahan hari ini.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak 9 pagi tadi.

Antara lokasi berkenaan ialah Pasar Seni, Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Kompleks Sogo.

Kira-kira 20,000 orang dipercayai sertai himpunan GMI yang menyifatkan telah mencapai matlamatnya walaupun gagal menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.

Dalam pada itu, kumpulan pro-ISA yang sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 70,000 orang hanya menggerakkan sekitar 2,000 orang - di kawasan Pasar Seni petang tadi.

Awalnya mereka bercadang untuk berhimpun di Dataran Merdeka tetapi tidak kelihatan sehingga pukul 2 petang kerana laluan ke sana ditutup dan dikawal ketat polis.

Sejak pagi tadi polis menutup Jalan Raja, sebahagian Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak serta Bulatan Hishammuddin.

Sasaran

Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online, kumpulan itu juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan."

Ketika dihubungi 5.15 petang tadi, Jurit berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum pro-ISA kepada Istana Negara sekitar waktu itu.

Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sivarasa dan Mujahid masing-masing merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.

Tengah hari tadi, wakil Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam iaitu Puspawati Osman, 28, yang terlibat bagi menyediakan khidmat nasihat perundangan dengan mengedar risalah juga ditahan - di kawasan Jalan Melayu - tetapi dibebaskan 20 minit kemudian.

"Maklumat yang kami terima menunjukkan lebih 200 orang telah ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan.

"Belum pun perarakan diadakan polis sudah menahan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS kira-kira 3.45 petang tadi.

Sidang media diadakan selepas ucapan siri pemimpin Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang di pekarangan Ibu Pejabat PAS, di hadapan kira-kira 1,000 orang.

Kesemua pemimpin itu anggap misi mereka berjaya.

Ketika sidang media berlangsung, polis juga melepaskan gas pemedih mata ke arah orang yang masih berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat PAS.

Ekoran langkah pencegahan itu, yang bermula 9 pagi, GMI gagal menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Istana Negara petang ini sebagaimana telah dirancangkan.

Syed Ibrahim menegaskan, pihaknya akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara kemudian hari ini.

"Ia akan dibincangkan kemudian, biar keadaan bertenang dulu," katanya.

Kata beliau, pihaknya masih menganggap perarakan hari ini yang dinamakan Perhimpunan 100,000 Rakyat berjaya mencapai matlamat mereka.

"Kami anggap usaha kami ini berjaya, dapat capai sasaran untuk mengumpulkan 100,000 orang," katanya.

Pihak polis menggunakan gas pemedih mata di kawasan Masjid Jamek, Kompleks Sogo, hadapan stesen LRT Bandar Raya di Jalan Raja Laut dan Ibu Pejabat PAS antara 1.40 tengah hari dan 5 petang tadi.

Penggunaan gas pemedih pertama bermula di kawasan Masjid Jamek untuk menyuraikan kumpulan peserta yang kebanyakannya memakai kemeja-T Unit Amal PAS.

Tinjauan mStar Online mendapati kemudian mereka berhimpun semula di Jalan Melayu dan berarak ke arah Kompleks Sogo. Dari Kompleks Sogo, perarakan yang agak besar jumlahnya, beredar ke persimpangan Jalan Dang Wangi-Jalan Raja Laut.

Di lokasi itu beberapa pemimpin GMI dan Pakatan berucap, antaranya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.

Anwar dan Lim juga mengakui - pertama kali -terkena tembakan gas pemedih mata dan pecutan asid di lokasi tersebut.

Sekumpulan peserta perarakan juga didapati 'merempuh' anggota polis PGA yang menahan beberapa rakan mereka dalam usaha membebaskan mereka.

Apabila mereka bergerak ke arah Dataran Merdeka melalui Jalan Raja Laut polis melepaskan air asid dan gas pemedih mata.

Kira-kira setengah jam kemudian peserta himpunan anti-ISA berkumpul di luar Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut - menutup jalan, sekali gus melumpuhkan pergerakan lalu lintas.

Pemimpin GMI dan Pakatan berucap di sana kira-kira 20 minit sebelum mereka bersurai.

Polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata dan air asid di pekarangan Ibu Pejabat PAS untuk menyuraikan sekumpulan kecil peserta perarakan.

Tindakan polis kemudian diteruskan di kawasan Maju Junction, Jalan Tuanku Abdul Rahman apabila ada penyokong GMI berhimpun di kawasan itu.

BERITA TERDAHULU

ISA: 200 peserta ditahan, GMI gagal serah memo, 2 Ahli Parlimen antara ditahan, kumpulan pro-ISA serah memorandum

KUALA LUMPUR: Lebih 200 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA - yang dianggap oleh polis sebagai tidak sah - ditahan hari ini.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak 9 pagi tadi.

Antara lokasi berkenaan ialah Pasar Seni, Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Kompleks Sogo.

Kira-kira 20,000 orang dipercayai sertai himpunan GMI yang menyifatkan telah mencapai matlamatnya walaupun gagal menyerahkan memorandum kepada Istana.

Dalam pada itu, kumpulan pro-ISA yang sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 70,000 orang hanya menggerakan sekitar 2,000 orang di kawasan Pasar Seni petang tadi.

Awalnya mereka bercadang untuk berhimpun di Dataran Merdeka tetapi tidak kelihatan hingga pukul 2 petang kerana laluan ke sana ditutup dan dikawal ketat polis.

Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online, kumpulan itu juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan."

Ketika dihubungi 5.15 petang tadi, Jurit berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum pro-ISA kepada Istana Negara sekitar waktu itu.

Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sivarasa dan Mujahid masing-masing merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.

Tengah hari tadi, wakil Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam iaitu Puspawati Osman, 28, yang terlibat bagi menyediakan khidmat nasihat perundangan dengan mengedar risalah juga ditahan - di kawasan Jalan Melayu - tetapi dibebaskan 20 minit kemudian.

"Maklumat yang kami terima menunjukkan lebih 200 orang telah ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan.

"Belum pun perarakan diadakan polis sudah menahan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS kira-kira 3.45 petang tadi.

Sidang media diadakan selepas ucapan siri pemimpin Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang di pekarangan Ibu Pejabat PAS, di hadapan kira-kira 1,000 orang.

Kesemua pemimpin itu anggap misi mereka berjaya.

Ketika sidang media berlangsung, polis juga melepaskan gas pemedih mata ke arah orang yang masih berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat PAS.

Ekoran langkah pencegahan itu, yang bermula 9 pagi, GMI gagal menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Istana Negara petang ini sebagaimana dirancangkan.

Syed Ibrahim menegaskan, pihaknya akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara kemudian hari ini.

"Ia akan dibincangkan kemudian, biar keadaan bertenang dulu," katanya.

Kata beliau, pihaknya masih menganggap perarakan hari ini yang dinamakan Perhimpunan 100,000 Rakyat berjaya mencapai matlamat mereka.

"Kami anggap usaha kami ini berjaya, dapat capai sasaran untuk mengumpulkan 100,000 orang," katanya.

Pihak polis menggunakan gas pemedih mata di kawasan Masjid Jamek, Kompleks Sogo, hadapan stesen LRT Bandar Raya di Jalan Raja Laut dan Ibu Pejabat PAS antara 1.40 tengah hari dan 5 petang tadi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain