Nik Aziz terima saranan Najib jaga hati orang Umno

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti anggota Umno dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak berniat mengganggu perasaan hati manamana pihak, jika pihak terbabit tidak mengganggunya.

Beliau juga bersyukur kerana dapat menemui Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan walaupun pertemuan itu tidak dirancang.

"Walaupun perjumpaan ini secara mendadak, dan saya terpaksa membatalkan program lain tapi ia semacam jaminan memberi positif untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang meminta beliau menjaga perasaan orang Umno dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung manamana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan keras dengan menyebut "pergi jahanam Umno" apabila beliau menyatakan niat untuk bekerja dengan kerajaan pusat bukan atas sifat Pas dengan Umno, tetapi atas sifat kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan dalam semangat federalisme.

"Dia (Najib) sebut minta saya supaya kalau boleh jangan cepat jawab soalan provokasi wartawan (sehingga menimbulkan kontroversi). Dia faham kalau saya tak jawab kami tak ada surat khabar, TV dan radio.

"Kalau saya pekakkan telinga apa kata rakanrakan dalam Pakatan, dengan ceramah mana cukup, sedangkan PM tak apa tak jawab sebab dia ada alat itu untuk menjawab bagi pihaknya," katanya.

Mengenai tuntutan royalti minyak kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat beliau berkata, ia memberi petanda positif kepada kerajaan negeri walaupun ia masih dalam pertimbangan dari segi undang-undang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain