suria

Kematian Teoh: Anggota Suruhanjaya Diraja selepas selesainya inkues

KUALA LUMPUR: Senarai anggota Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tatacara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan soal siasat masih belum diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, ini kerana inkues mengenai kematian setiausaha politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock sedang berjalan.

"Kita nak tentukan inkues dulu. Inkues kena jalan baru tentukan Royal Commission (Suruhanjaya Diraja)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Pada 16 Julai lepas, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada pukul 1.30 tengah hari.

Teoh merupakan antara saksi dalam siasatan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri oleh beberapa wakil rakyat Selangor. BERNAMA

Artikel Lain