suria

Pemuda Umno Kedah lapor SPRM penyelewengan tender balak

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Umno Kedah semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan tender balak yang didakwa membabitkan pemimpin tinggi kerajaan negeri Kedah.

Ketuanya Badrulhisham Hashim ditemani Ketua Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena, Harris Che Mat membuat laporan di pejabat SPRM cawangan Kedah di Anak Bukit di sini.

"Pergerakan Pemuda Umno membuat laporan itu setelah mendapat bukti yang semuanya diserahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan. Saya yakin SPRM akan dapat membongkar kes ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau mendakwa penyelewengan itu membabitkan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

"Selain itu pemberian tender balak di Lot 1771 Bukit Kachi, daerah Kubang Pasu mempunyai unsur penyelewengan," dakwanya. BERNAMA

Artikel Lain