suria

Kualiti udara pagi sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara dilapor sederhana pagi ini, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAs) menerusi laman webnya.

Bacaan terkini pada pukul 11 pagi menunjukkan 28 daripada keseluruhan 46 kawasan yang dipantau di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sederhana.

Manakala 39 peratus atau 18 kawasan lagi mencatat bacaan IPU sihat.

Antara kawasan yang mencatat bacaan IPU sederhana ialah Muar, Johor (54); Nilai, Negeri Sembilan (59), Balok Baru, Kuantan di Pahang (58); Kg Air putih, Taiping di Perak (60), Samarahan, Sabah (68) dan Pelabuhan Klang, Selangor (63).

Kawasan yang mempunyai udara sihat antaranya Jerantut, Pahang (37), Kota Tinggi, Johor (47), Langkawi, Kedah (40) dan Kanggar, Perlis (42). BERNAMA

Artikel Lain