suria

UPP tumpaskan cubaan seludup kambing

PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menumpaskan cubaan menyeludup 53 ekor kambing dari Thailand apabila menahan sebuah lori membawa ternakan itu di Felcra Lubok Sireh dekat sini semalam.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, rampasan itu dilakukan pada 6 petang oleh sepasukan anggota UPP yang melakukan rondaan di kawasan Felcra Lubok Sireh.

Setelah menahan lori berkenaa, empat lelaki tempatan yang berada dalam kenderaan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen import yang sah, katanya.

"Terdapat dokumen menggunakan cop Jabatan Veterinar yang palsu," kata Zakaria.

Katanya kesemua ternakan itu diserah kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut manakala empat lelaki tempatan yang berumur lingkungan 20an itu ditahan untuk siasatan. BERNAMA

Artikel Lain