suria

Peguam mati selepas dipaksa minum sebotol cecair

BUTTERWORTH: Seorang peguam mati selepas dipaksa minum sejenis cecair oleh sekumpulan lelaki di sebuah kuil di Jalan Perai Baru disini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Dr Mohd Shah Hussin Shah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa R. Thinakaran, 37, hendak meletak kenderaannya untuk bersembahyang di sebuah kuil di jalan itu.

Beliau berkata empat lelaki tibatiba muncul dan terus menyerbu masuk ke dalam kereta Thinakaran dan memaksa peguam itu meminum satu botol cecair, sebelum melarikan diri.

Katanya Thinakaran kemudiannya terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan selepas muntahmuntah serta pening kepala, dan dia meninggal dunia di hospital berkenaan pada kira-kira pukul 11.40 malam.

Menurutnya laporan bedah siasat semalam menunjukkan buah pinggang Thinakaran rosak akibat pengambilan cecair itu.

Mohd Shah berkata polis sudah menahan seorang rakan Thinakaran bagi membantu siasatan, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Artikel Lain