suria

Pakatan Rakyat lakukan strategi psikologi bertentangan tutup perbezaan politiknya

MUNYONYO (Uganda): Pakatan Rakyat cuba melakukan strategi psikologi bertentangan apabila pemimpinnya mengatakan bahawa pakatan itu tidak akan berpecah walaupun ada tekanan daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka cuba menutup dengan mengatakan bahawa tidak ada masalah tetapi anda boleh lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global ke19 di sini Selasa.

Menurutnya ada perbezaan serius antara mereka dalam aspek ideologi dan peraturan kerja berkaitan banyak isu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Singapura bahawa pakatan itu tidak akan berpecah sungguhpun semakin tertekan yang kini menjadi tumpuan.

"Mereka cuba menutup perbezaan itu tetapi kita tahu keadaan di Malaysia dan hubungannya tidak berapa baik seperti ketika mereka mulamula bersama selepas pilihan raya umum," kata Muhyiddin.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahukan siasatannya sendiri mengenai dakwaan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri kerana mereka tidak ada untuk disembunyikan, Muhyiddin berkata kerajaan Selangor mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian tetapi "ia untuk penggunaan mereka sendiri".

"Ia tidak ada sebarang perbezaan kerana ia jelas menunjukkan ada kepentingan dalam siasatan itu," kata beliau.

Muhyiddin berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah sebuah badan bebas dan sesiapa pun termasuk kerajaan Selangor hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut.

Pada Isnin, Khalid juga mengarahkan hasil siasatan itu diumumkan kepada umum. BERNAMA

Artikel Lain