suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: Sekolah tidak akan ditutup sewenang-wenangnya

SHAH ALAM: Tindakan sama ada wajar atau tidak menutup sekolah bagi menyekat penyebaran jangkitan Influenza A(H1N1) di negara ini diambil berdasarkan kepada ulasan dan pandangan Jabatan Kesihatan Negeri, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Kerajaan tidak akan sewenangwenangnya membuat keputusan itu (tutup sekolah), sebaliknya akan bertindak berpandukan kepada pandangan ikhtisas jabatan kesihatan, dan mereka akan menentukan wajar atau tidak sekolah ditutup.

"Saya nak maklumkan perkara ini sebab ada ramai dalam kalangan ibu bapa yang berasa panik menanyakan mengapa kerajaan tidak tutup sekolah itu dan sekolah ini (hanya disebabkan oleh sebilangan kecil kes H1N1 yang dikesan)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Gamuda di sini hari ini.

Beliau menasihatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), pengetua dan guru besar sekolah agar sentiasa mencari punca ketidakhadiran pelajar mereka dengan Jabatan Kesihatan negeri masingmasing, sekiranya ia melibatkan jumlah yang ramai.

"Misalnya, jika terdapat seramai 140 pelajar tidak hadir ke sekolah dalam tempoh sehari, maknanya pengarah JPN, pengetua dan guru besar sekolah harus semak puncanya dan ambil tindakan segera," katanya.

Wee berkata pihaknya juga menerima maklumat terbaru bahawa ada beberapa pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat, Johor disyaki menghidapi jangkitan H1N1 dan kini menunggu laporan daripada Kementerian Kesihatan. BERNAMA

Artikel Lain