Penggantungan Naib Presiden Gerakan kekal - Semasa | mStar

Penggantungan Naib Presiden Gerakan kekal

KUALA LUMPUR: Penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan kekal.

Jawatankuasa Pusat (CC) parti, pada mesyuaratnya hari ini, tidak menyemak tindakan gantung itu yang dikenakan terhadap Huan pada 31 Mei oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Sebaliknya CC memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai tiga pemimpin veteran untuk menyemak kes itu dan memantau kelakuan Huan dari sekarang dan mencadangkan kepada CC sebarang tindakan yang sesuai.

"Jawatankuasa khas ini boleh menerima dan mendengar representasi. Kecuali ia memutuskan untuk berbuat demikian lebih awal, jawatankuasa akan membuat semakan berkala dan melapor kepada CC setiap enam bulan," kata Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dalam kenyataan semalam.

Jawatankuasa khas itu, diketuai bekas setiausaha agung parti Tan Sri Chan Choong Tak dan dianggotai bekas naib presiden parti Ng Lip Yong dan veteran parti yang juga anggota CC, Dr Chee See Cheok.

Teng berkata, CC pada mesyuarat itu turut mengarahkan semua anggota tidak membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu dan perkara lain berkaitan parti dan perlu menyalurkan sebarang pandangan dan maklum balas melalui saluran yang betul dalam parti.

Masalah Huan bermula awal bulan lepas, bertitik tolak daripada isu kecil mengenai pelantikan penyelaras cawangan di bahagian Machang Bubok di Pulau Pinang yang mendorongya mengeluarkan ugutan untuk keluar parti.

Ugutannya itu, ditambah pula dengan khabar angin kononnya beliau mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendorong parti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya di mana beliau menjawab dalam surat dua perenggan termasuk permohonan maaf.

CWC mendapati beliau bersalah mencemarkan imej parti dan mengenakan hukuman gantung selama tiga tahun.

Bagaimanapun, Huan mendakwa ketiadaan pendengaran oleh lembaga disiplin sebelum hukuman gantung dikenakan terhadapnya menunjukkan wujud agenda di kalangan pemimpin tertenu dalam parti untuk menyingkirkan beliau. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini