suria

GMI tetap teruskan perarakan anti-ISA 1 Ogos

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan keputusannya untuk menganjurkan perhimpunan anti-ISA di ibu negara 1 Ogos ini walaupun ada pihak beranggapan ia boleh mencetuskan ketegangan.

"Jika Pewaris hendak mengadakan perhimpunan, tiada masalah... itu hak mereka untuk anjurkan perhimpunan mereka," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi.

Ibrahim menjangkakan akan menghimpunkan 100,000 orang pada hari berkenaan.

"Kalau setiap negeri dapat hantar 8,000 hingga 10,000, kita dapat lebih daripada 100,000 orang," katanya.

Katanya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan dijangka akan menyertai perhimpunan.

GMI dengan sokongan Pakatan Rakyat mengesahkan akan mengadakan perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara sebelum berarak ke Istana Negara.

Gabungan Bersama NGO Malaysia pula mahu mengadakan perhimpunan mempertahankan ISA pada hari yang sama.

Artikel Berikut

Artikel Lain