suria

Saya tidak pernah lantik 'jurumaki' - MB Perlis

KANGAR: Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata beliau tidak pernah melantik manamana individu sebagai "jurumaki" sebagaimana yang digambarkan oleh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis.

Katanya jika ada individu yang memaki hamun manamana pemimpin di negeri itu, ia merupakan sesuatu yang di luar kawalan Menteri Besar.

Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Raja Perlis yang merasmikan persidangan dewan itu, Md Isa berkata beliau menghargai teguran Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambung tulang) berhubung perkara itu.

Ketika membahaskan usul itu semalam, Shahidan melahirkan rasa kecewa dengan individu yang sering memaki hamun pentadbiran terdahulu yang dipimpinnya.

Md Isa berkata, sebagai Menteri Besar, beliau tidak pernah melantik manamana individu bagi menyerang atau memaki hamun orang tertentu.

Mengenai pelantikan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang turut dibangkitkan oleh Shahidan, beliau berkata, tidak semestinya ketua cawangan Umno dilantik ke jawatan itu.

Menurutnya mana-mana individu yang mendapat sokongan anggota dewan undangan negeri dan diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri boleh dilantik.

"Macam Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak semestinya mereka menjadi menteri," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis, Ahmad Bakri Ali pula memberitahu dewan bahawa kadar kecacatan bayi yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah sepanjang tahun lalu adalah amat kecil, iaitu lapan orang atau 0.03 peratus daripada 3,359 kelahiran, yang berpunca daripada tahap kesihatan ibu.

"Tiada bukti jelas bahawa kecacatan yang berlaku berpunca daripada penggunaan racun pertanian yang berleluasa," katanya bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Shahidan.

Dewan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan ditentukan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain