suria

Lelaki lepas nafsu pada mayat wanita dibunuhnya

CHENNAI: Seorang lelaki yang membunuh lapan wanita dan memuaskan nafsunya dengan melakukan hubungan seks dengan mayat mangsa sejak empat bulan lepas, diberkas oleh polis Tamil Nadu di Selatan India pada Selasa lepas.

Kebanyakan mangsanya adalah wanita muda tetapi seorang daripadanya berusia 70 tahun, demikian menurut akhbar berbahasa Tamil, Dinathanthi, hari ini.

Buruh berusia 36 tahun itu ditangkap selepas seorang lagi mangsanya berjaya melarikan diri semasa diserang di sebuah perkampungan di Dindigul dan melaporkan kejadian itu kepada penduduk kampung.

Lelaki itu dikesan kerana dia telah meninggalkan motosikalnya di tempat kejadian.

Ketua polis zon tengah Tamil Nadu, Karan Singh, berkata lelaki itu, yang mempunyai dua isteri, telah mengaku melakukan jenayah itu.

Pada 1995, seorang penjenayah dipanggil "Auto Shankar" dihukum gantung selepas didapati bersalah membunuh sembilan wanita dan "merogol" mayat mangsa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain