suria

H1N1: 39 kes baru dilaporkan kesemuanya jangkitan tempatan

JASIN: Sejumlah 39 kes baru Influenza A (HINI) dilaporkan hari ini dan kesemuanya kes jangkitan tempatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata 36 kes yang dilaporkan adalah kes kluster yang berlaku di pusat pangajian tinggi dan sekolah manakala tiga lagi keskes terpencil.

Jumlah kes terkumpul sehingga ini ialah 978 dan daripada jumlah itu hanya 20 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital akibat wabak itu.

" Tiada kes kematian setelah seorang rakyat Indonesia yang dijangkiti wabak itu mati pada Selasa lepas kerana bukan berkait secara langsung HINI sebaliknya kerana degupan jantung tidak terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Merlimau di sini hari ini.

Beliau berkata di Melaka, sebanyak tujuh pusat pengajian tinggi ditutup setelah 70 pelajar dijangkiti wabak itu dan sembilan daripada mereka kini dirawat di Hospital Melaka.

Institusi Kemahiran Mara (IKM) Jasin merupakan pusat pengajian tinggi terbaru yang ditutup selama seminggu bermula hari ini setelah enam institusi ditutup semalam.

Keenam-enam institusi yang ditutup itu ialah Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM), Kolej Yayasan Melaka, Kolej Profesional Mara, Sekolah Kejururawatan Nilam, Univervisiti Teknologi Mara kampus Lendu dan Institut Kota yang melibatkan lebih 10,000 pelajar.

" Kita telah mengambil langkah berjagajaga terutama bagi kes kluster yang melibatkan institusi pengajian dan sekolahsekolah dan juga kes jangkitan tempatan, " katanya. Liow ketika berucap pada majlis itu berkata di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama (PRE1) sebanyak RM9.9 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk melaksanakan sebanyak 122 projek naik taraf, pembaikan dan ubah suai fasiliti kesihatan yang perlu disiapkan sebelum penghujung Oktober depan.

Sebanyak RM19.07 juta diperuntukkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE2) yang perlu disiapkan sebelum November. Klinik Kesihatan Merlimau yang berharga RM20 juta telah mula digunakan sejak 1 Jun lepas yang diketuai oleh seorang pakar perubatan keluarga dan dibantu oleh 51 anggota kesihatan.

Terdahulu pada satu majlis gotongroyong perdana di Taman Muhibbah dekat sini, Liow meminta orang ramai bekerjasama dalam menjaga kebersihan terutama dalam menghapuskan nyamuk aedes yang menyebabkan denggi.

"Sehingga minggu ke28 tahun ini yang berakhir 19 Julai lepas, kes denggi tahun ini adalah sebanyak 26,446 dengan 64 kematian berbanding 24,000 dan 60 kematian pada tempoh yang sama tahun lepas," katanya. Beliau berkata terdapat 560 jawatankuasa "combi" bagi memerangi denggi di seluruh negara.

Katanya sejumlah 480 pekerja pula telah dikontrak setahun oleh kementerian di seluruh negara dengan peruntukkan RM6.7 juta bagi melakukan kerjakerja pembersihan dan mengawal denggi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain