suria

Dua anggota polis didakwa rompak pasaraya mini

KLANG: Dua anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak pemilik dan pelanggan sebuah pasaraya mini di Putra Perdana, Sepang dekat sini, kira-kira RM6,500.

Hamdan Zakaria, 29, dan Shahrul Akmal Ramli, 28, kedua-dua bertugas di Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Pertuduhan menyebut mereka didakwa bersamasama merompak harta milik Mon Mon Oo dan pelanggannya, Tum Win Mong keduaduanya rakyat Myanmar, wang tunai berjumlah RM3,500, tiga buah telefon bimbit jenis Samsung, Nokia dan Motorola, yang anggaran kerugiannya kirakira RM6,500.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di JJ Mini Market, No: 101, Jalan TTP 1, Putra Perdana, Sepang, kira-kira pukul 3.30 petang pada 16 Julai lepas.

Hamdan dan Shahrul Akmal yang keduaduanya ditangkap sehari selepas kejadian dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda serta sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil mencadangkan agar keduadua tertuduh diikat jamin RM13,000 setiap seorang dengan mengambil kira bahawa mereka adalah anggota polis.

Hamdan dan Shahrul Akmal memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan gaji keduadua mereka ditahan dan mereka perlu menyara keluarga masing-masing.

Anita kemudian membebaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM8,000 serta dua orang penjamin dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan, serta pelantikan peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain