suria

Cadangan mengenai isu tol akan ke Kabinet tidak lama lagi

PETALING JAYA: Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri akan mengemukakan satu cadangan menyeluruh bagi menyelesaikan isu mengenai tol, termasuk menasionalisasikan pengendali tol, kepada kerajaan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kajian mendalam ke atas isu itu masih lagi berjalan.

"Ia patut dipertimbangkan oleh Kabinet terlebih dahulu dan sebaik sahaja diluluskan, ia akan diumumkan pada waktu yang sesuai," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Malaysia Property Incorporated" di sini hari ini.

Nor Mohamed berkata pada bulan April yang cadangan itu akan diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh tiga bulan. Bagaimanapun, ia masih belum diumumkan sehingga sekarang.

EPU dipertanggungjawabkan untuk menyemak kembali semua aspek, termasuk perjanjian yang berkaitan dan kesan ekonomi dalam menggariskan cadangan itu.

Nor Mohamed berkata yang pemilihan akan bergantung kepada kepuasan hati keduadua rakyat dan kerajaan.

Mengenai Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), beliau berkata keputusan pemilihan jawatankuasa masih lagi belum dibuat.

"Ia akan mengambil sedikit masa memandangkan kita perlu memilih calon terbaik," kata beliau sambil menambah beberapa nama telahpun disenarai pendek.

"Pemilih akan dilakukan dengan penuh ketelusan dan tiada agenda lain selain daripada agenda Bumiputera," kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terdahulu bulan ini telah mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Ekuinas, sebuah institusi yang boleh membantu usahawan Bumiputera.

Bagaimanapun, tiada tempoh yang ditetapkan bilakah Ekuinas akan bermula.

"Sebenarnya, kami dalam proses mendaftar institusi itu. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia," kata beliau.

Dengan modal permulaan RM500 juta, Ekuinas akan memberi fokus kepada pelaburan dalam sektor potensi pertumbuhan tinggi," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain