Siasatan polis berhubung kematian Teoh dijangka siap tidak lama lagi - Semasa | mStar

Siasatan polis berhubung kematian Teoh dijangka siap tidak lama lagi

KUALA SELANGOR: Siasatan polis berhubung kematian Teoh Beng Hock dijangka siap sebelum inkues bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang exco Selangor itu bermula minggu depan.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis berhubung kes itu kini tinggal 10 atau 15 peratus untuk dibereskan, dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum inkues bermula minggu depan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menutup Majlis Tilawah AlQuran peringkat Kontinjen Selangor di sini lewat malam tadi.

Kabinet semalam memutuskan supaya satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah.

Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Khalid berkata dua ahli patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Teoh dan melawat tempat kejadian di Plaza Masalam semalam, sudah "membuat satu kesimpulan" berhubung kes itu.

Beliau berkata polis tidak akan membuat apaapa saranan kepada SPRM dalam soal berkaitan cara soalsiasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya itu.

"Kami akan serahkan kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti cara soal siasat yang digunakan oleh SPRM. Suruhanjaya itu mempunyai termaterma rujukan yang jelas," katanya.

Khalid juga berkata telefon bimbit milik Teoh masih berada di tangan polis.

"Kami hendak jejaki panggilan yang dibuat oleh Teoh sebelum dia memberi keterangan kepada SPRM, dan perkhidmatan pesanan ringkas yang diterimanya sebelum dia ditemui mati," katanya dan menambah bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada tempat letak kereta Plaza Masalam dan kawasan lif didapati konsisten dengan kenyataan yang diberikan saksisaksi sehingga ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain