suria

Malaysia akan wujud dana pencen swasta

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mewujudkan dana pencen swasta pada pertengahan 2010, dengan tumpuan untuk mereka yang tidak diliputi dalam manamana sistem pencen rasmi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ia merupakan sebahagian daripada reformasi dana pencen menyeluruh dalam negara yang penting untuk membangunkan model ekonomi berasaskan pendapatan tinggi yang baharu, katanya.

"Beberapa pengurus dana sudah menunjukkan minat untuk mewujudkan dana pencen swasta ini. Oleh itu, mungkin ada beberapa, berbanding hanya satu," katanya.

Menurut Nor Mohamed, dalam tempoh enam bulan akan datang, Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mengemukakan laporan kepada kerajaan mengenai dana pencen swasta ini.

"Pada masa yang sama, kerajaan akan menyemak dana pencen sedia ada selain KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan mengetuai jawatankuasa pemandu bagi menyelaras semua aspek mengenai reformasi pencen itu," kata Nor Mohamed.

Pada masa ini, secara relatifnya sebahagian besar penduduk yang aktif dari segi ekonomi dalam sektor rasmi, mempunyai lindungan pencen menerusi KWSP, skim pencen awam dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Hingga akhir 2008, terdapat lebih dua juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri dan tidak dilindungi sistem pencen.

"Selain itu, terdapat penduduk yang tidak mempunyai pendapatan serta tidak mendapat manfaat pada usia tua," katanya dalam ucaptama pada forum mengenai industri pencen dan dana persaraan, di sini hari ini.

"Oleh itu, pembangunan industri dana pencen swasta akan menyumbang ke arah mewujudkan ekonomi pasaran yang lebih kompetitif, yang dapat bertahan dalam tempoh yang lebih mampan," kata Nor Mohamed.

Malah katanya, di kalangan mereka yang dilindungi dalam kerangka kerja pencen pun, adalah penting untuk memastikan jaminan kewangan mampan selepas mereka bersara. Menurut Nor Mohamed, kini terdapat 5.7 juta pencarum aktif dalam KWSP.

"Kajian oleh KWSP menunjukkan kirakira 90 peratus pencarum mempunyai kurang daripada RM100,000 dalam akaun masingmasing. Lebih 70 peratus akan kehabisan sumbangan dalam tempoh tiga tahun selepas mengeluarkan sebahagian carumah pada usia 55 tahun.

"Ini bermakna menjelang usia 58, purata pesara akan kehabisan semua simpanan persaraan KWSP mereka.

"Trend ini menunjukkan pergantungan tunggal ke ara simpanan KWSP sebagi jaringan selamat, tidak lagi mencukupi untuk menyediakan pendapatan selepas persaraan.

"Oleh itu, dana pencen swasta penting dan pada masa yang sama ia perlu berkualiti dan boleh dipercayai.

"Kami perlu memastikan ia diurus dengan baik memandangkan ia dana pencen. KWSP mempunyai jaminan kerajaan dari segi pulangan 2.5 peratus. Dana pencen swasta sewajarnya mampu menyediakan pulangan pasaran yang baik pada bilabila masa," katanya.

Mengulas lanjut, Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar berkata kerangka kerja kawal aturan bagi dana pencen perlu diperhalusi memandangkan ia meliputi pelan persaraan jangka panjang.

"Ia perlu ada ciri-ciri yang dapat menampung manfaat jangka panjang," katanya. SC, katanya akan mengumpul input-input daripada pelbagai pihak yang sudah mempunyai model dana pencen persendirin di negara lain menerui forum hri ini.

"Kami kemudiannya akan mencuba dan menerima pakai amalan terbaik. Yang paling penting ialah perlindungan pelabur, dan pada masa yang sama, menarik untuk pelabur membuat pelaburan," katanya. BERNAMA

Artikel Lain