suria

H1N1: Tiada arahan rasmi larang warga emas dan kanak-kanak mengerjakan haji

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) belum menerima sebarang maklumat dan arahan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung larangan kepada warga emas, kanakkanak bawah 12 tahun dan mereka berpenyakit kronik daripada mengerjakan ibadat haji tahun ini disebabkan Influenza A(H1N1).

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Abdul Rashid Hussein berkata laporan berita yang memetik bahawa menterimenteri kesihatan negara Arab bersetuju dengan larangan itu bukannya daripada sumber rasmi kerajaan Arab Saudi.

"TH bagaimanapun akan akur kepada segala arahan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Agensi berita Reuters hari ini melaporkan bahawa Rabu lepas, menterimenteri kesihatan negara Arab telah bersetuju melarang ketigatiga golongan tersebut daripada mengerjakan haji tahun ini ekoran penularan virus penyakit itu.

Reuters memetik Menteri Kesihatan Saudi Dr Abdullah AlRabeeah sebagai berkata bagaimanapun, jumlah kuota jemaah haji bagi sesebuah negara tidak akan diubah. BERNAMA

Artikel Lain