suria

H1N1: Sekolah Menengah Sains Lahad Datu diarah tutup seminggu

LAHAD DATU: Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, sebuah sekolah berasrama penuh di sini, diarah ditutup seminggu berikutan ada pelajarnya disyaki dijangkiti virus Influenza A(H1N1).

Tinjauan di sekitar sekolah berkenaan mendapati pintu pagar sekolah berkenaan ditutup manakala anggota polis dan kakitangan Jabatan Kesihatan kelihatan di pintu masuk sekolah itu memakai topeng muka.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Lahad Datu ketika dihubungi Bernama mengesahkan pengesanan kes berkenaan namun enggan memberi butiran lanjut kerana hanya pengarah kesihatan negeri sahaja boleh berbuat demikian.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Datu Mansor menasihatkan ibu bapa supaya bertenang dan sentiasa mematuhi nasihat dan arahan pihak berkuasa. BERNAMA

Artikel Lain