suria

Dua warga Singapura meninggal dunia akibat selsema babi

SINGAPURA: Dua warga Singapura meninggal dunia akibat Influenza A(H1N1), menjadikan tiga kematian dicatatkan sehingga kini akibat selesema babi di negara bandar raya ini.

Seorang kanakkanak lelaki berusia 13 tahun yang menghidap epilepsi dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Paediatrik National University Hospital pada Ahad lepas dan disahkan dijangkiti H1N1, meninggal dunia pagi semalam.

Kematian kanakkanak itu berpunca daripada serangan sawan berpanjangan, dengan jangkitan H1N1 menjadi faktor penyumbang, menurut Kementerian Kesihatan dalam maklumat terkininya mengenai selesema babi.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berumur 55 tahun yang menghidap penyakit neuron motor dan dimasukkan ke ICU Hospital Besar Changi (CGH) pada Sabtu lepas dan turut disahkan dijangkiti selesema babi, meninggal dunia tengah hari semalam.

Kematian pertama akibat H1N1 di Singapura membabitkan seorang lelaki berumur 49 tahun yang mempunyai masalah jantung dan meninggal dunia di CGH minggu lepas. BERNAMA

Artikel Lain