suria

Kualiti udara merosot walaupun tiada kawasan tidak sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara pagi ini semakin merosot walaupun tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berbanding semalam.

Semalam, Kuala Selangor dan Seri Manjung berada dalam zon tidak sihat dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 106 dan 104.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi ini, 37 daripada 51 kawasan yang dipantau menunjukkan IPU sederhana manakala 14 kawasan lagi menikmati udara sihat.

Antara kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Muar, Johor (67); Alor Setar, Kedah (60); Taiping, Perak (68); Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (66); Samarahan, Sarawak (65); Pelabuhan Kelang (68) dan Kuala Selangor (67) di Selangor manakala di Kuala Lumpur iaitu di kawasan Cheras (60) dan Batu Muda (67).

Kawasan-kawasan yang menikmati udara segar termasuk di Larkin Lama, Johor (45); Langkawi, Kedah (31); di Sabah Tawau (32), Keningau (47), Kota Kinabalu (42) dan Sandakan (28); di Sarawak Bintulu (46), Limbang (35), Kapit (42) dan Miri (45) dan Labuan (38).

Sementara itu di Putrajaya kualiti udara bersih yang direkodkan ialah 49. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain