suria

ASM habis dilanggan

KUALA LUMPUR: Kesemua unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah habis dilanggan, kata PNB dalam satu kenyaataan hari ini.

Semalam, PNB menawarkan baki 1.6 bilion unit ASM yang tidak dilanggan, termasuk kuota Bumiputera, kepada semua rakyat Malaysia mulai 21 Julai ini.

Sebanyak 1.6 bilion unit yang ditawarkan itu merupakan sebahagian daripada 3.33 bilion unit tambahan ASM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 April lepas di Minggu Saham Amanah Malaysia, di mana pertama kalinya sistem kouta diperkenalkan bagi saham tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain