suria

MIC: Pengambilan kaum India lepasi kuota 7.4% JPA

KUALA LUMPUR: Pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam tahun ini telah melepasi kuota 7.4 peratus seperti yang dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, lebih sembilan peratus kaum India telah diambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun ini.

"Perkembangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan. Berhubung soalan mengenai banyak permohonan daripada rakyat kaum India tetapi ditolak, saya ingin menyatakan di sini bahawa 4,000 kaum India telah diambil oleh SPA tahun ini dan 12,000 lagi permohonan telah ditolak.

"Perkara ini adalah biasa dalam pengambilan bagi kaumkaum lain juga. Banyak sebab yang dinyatakan SPA bagi menolak permohonan itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dr. Subramaniam yang juga Setiausaha Agung MIC berkata, kementerian itu akan terus memantau pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam dan isu itu telah dibincangkan di dalam mesyuaratmesyuarat Kabinet.

"Kami juga berbincang dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad untuk mengambil lebih ramai kaum India. Kami akan memastikan lebih banyak tempat disediakan bagi kaum India dalam GLC melalui rundingan dengan kerajaan, katanya. BERNAMA

Artikel Lain