Kuala Selangor, Sri Manjung catat kualiti udara tidak sihat - Semasa | mStar

Kuala Selangor, Sri Manjung catat kualiti udara tidak sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara sedikit merosot pagi ini dengan dua kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Bacaan IPU yang disiarkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan Kuala Selangor, yang berada dalam zon tidak sihat dengan bacaan IPU 106 semalam, kekal pada bacaan yang sama, manakala Sri Manjung yang berada dalam zon sederhana petang semalam, kini mencatat bacaan tidak sihat pada 104.

Bacaan IPU juga menunjukkan sebanyak 40 (80 peratus) daripada 50 kawasan yang dipantau di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU antara 51100, iaitu dalam zon sederhana, berbanding hanya 32 kawasan (64 peratus) petang semalam.

Antara kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Muar, Johor (81), di Selangor Petaling Jaya (84), Country Height, Kajang (87), Pelabuhan Kelang (94) sementara di Kuala Lumpur Batu Muda (94) dan Cheras (86).

Lapan kawasan lagi mencatat kualiti udara sihat termasuk Kangar, Perlis (36), di Sabah Keningau (42), Kota Kinabalu (39) dan Tawau (27), Limbang, Sarawak (32) dan Wilayah Persekutuan Labuan (41). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain