suria

United bertemu Malaysia lagi Isnin ini

GOL KEMENANGAN...Pemain Manchester United, Michael Owen menggelecek bola melepasi penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias ketika beraksi pada perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia pasukan United di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, semalam. United menang 3-2.--fotoTHE STAR oleh GLENN GUAN

KUALA LUMPUR: Selepas perlawanan pembukaan siri Jelajah Asia 2009 hari ini, juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan kedua di Malaysia, Isnin ini.

"Mereka akan bermain sekali lagi dengan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada pukul 8.45 malam Isnin ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam, dalam sidang media di sini malam tadi.

"Memandangkan sambutan meriah yang diterima oleh pasukan itu di Malaysia dan kebanjiran penonton hari ini , kami percaya ramai peminat sekali lagi teruja untuk melihat aksi pasukan itu sekali lagi.

"Perlawanan kedua itu akan memberi peluang kepada peminat yang tidak dapat menyaksikan aksi hari ini. Ia juga memberi peluang kepada pemain Malaysia untuk menentang Manchester United sekali lagi," kata Kam, selaku penganjur lawatan pasukan dari England itu ke Malaysia.

Kam berkata dengan situasi tegang berikutan insiden letupan bom di dua hotel mewah di Jakarta semalam, pasukan EPL itu mengambil keputusan untuk membatalkan kunjungan mereka ke sana atas alasan keselamatan.

Katanya pelawat dari United Kingdom yang membeli tiket untuk perlawanan persahabatan di Jakarta itu boleh menukar tiket tersebut untuk menyaksikan perlawanan kedua Manchester United di sini.

Selain itu, peminat Indonesia juga boleh berbuat demikian dan penganjur telah memperuntukkan 3,000 tempat duduk di Stadium Nasional di sini, katanya.

Katanya pada perlawanan kedua nanti, hanya dua jenis tiket dijual iaitu tiket berharga RM308 untuk tempat duduk 'grandstand' dan RM58 untuk tempat duduk bebas.

"Tiket mula dijual di tiket kaunter stadium mulai 12 tengah hari esok," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain