suria

Najib tak sangka Malaysia kalah tipis kepada United

JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjangkakan Malaysia akan kalah tipis kepada Manchester United dalam bola sepak persahabatan Jelajah Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

"Kita kalah 3-2. Saya ingat kita kalah 6-0," katanya berseloroh ketika ditanya mengenai keputusan perlawanan itu dalam sidang akhbar selepas beliau menghadap Penjaga Dua Rumah Suci Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, di sini lewat petang semalam.

Ketika ditanya sama ada beliau terlepas peluang untuk menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi di tanah air, Najib berkata: "Ini (menghadap Raja Abdullah) lebih penting."

Najib sedang dalam lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi yang berakhir hari ini.

Manchester United kini melakukan siri Jelajah Asia dan Malaysia merupakan destinasi pertama persinggahan pasukan bola sepak ternama itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain