Manek Urai: Pemuda PAS Kelantan buat laporan polis terhadap BN - Semasa | mStar

Manek Urai: Pemuda PAS Kelantan buat laporan polis terhadap BN

KUALA KRAI: Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap Barisan Nasional (BN) mendakwa parti itu memberikan sogokan wang pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Selasa lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zin bersama-sama Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hisyam Fauzi yang juga seorang peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini, pada 11.20 pagi semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman yang turut mengiringi Mahadi berkata, laporan dibuat supaya polis menyiasat kejadian sogokan wang yang didakwanya oleh BN di sebuah rumah kayu dalam premis Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), dekat Peria Selasa lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan itu dibuat, Abdul Latiff berkata, pihaknya juga akan membuat laporan dan menyerahkan semua bukti berhubung kejadian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). BERNAMA

Artikel Sebelum

Manek Urai tidak akan diabaikan - Mustapa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain