suria

Demonstrasi: 7 ditahan dibebas selepas 7 jam

Anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menyuraikan kira-kira 150 orang yang berdemonstrasi di Plaza Masalam pagi tadi. Demonstrasi itu susulan kematian Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menyuraikan kira-kira
150 orang yang berdemonstrasi di Plaza Masalam pagi tadi. Demonstrasi itu susulan kematian Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menyuraikan kira-kira 150 orang yang berdemonstrasi di Plaza Masalam pagi tadi. Demonstrasi itu susulan kematian Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

PETALING JAYA: Kesemua tujuh orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar yang ditahan kerana adakan perhimpunan di pekarangan Plaza Masalam pagi tadi telah dibebaskan dengan jamin polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya selesai mengambil keterangan daripada kesemua mereka.

"Kita dah jalankan soal siasat, jadi mereka dibebaskan dengan jamin polis," katanya kepada mStar Online.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Mereka yang ditahan adalah sebahagian daripada 150 orang yang berdemonstrasi susulan kematian Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira 1.30 tengah hari.

Ditanya sama ada polis akan mendakwa kesemua mereka, Khalid berkata, perkara tersebut bergantung kepada hasil siasatan polis.

Sementara itu, Xavier ketika dihubungi berkata, beliau dan enam lagi yang ditahan dibebaskan dengan jamin polis.

"Ketika disoal siasat kami menggunakan Seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah yang membenarkan sesiapa yang disoal berdiam diri apabila disoal.

"Kalau mereka nak dakwa dan ada pertuduhan, kita akan jawab di mahkamah," katanya yang masih berada di IPD Shah Alam untuk urusan pembebasan ketika dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain