suria

Pemandu pelancong akan diajar bahasa asing

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan akan meningkatkan penguasaan bahasa asing di kalangan pemandu pelancong tempatan mulai bulan depan, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata latihan itu akan diberikan kepada graduan menganggur selain pemandu pelancong sedia ada.

"Kita telah perolehi peruntukan RM3 juta daripada Kementerian Sumber Manusia bagi menjalankan program ini. Kita pilih bahasa Jerman, Russia, Arab dan Perancis untuk memulakan program ini, memandangkan pemandu pelancong tempatan tidak ramai yang mahir dalam bahasabahasa tersebut," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan tumpuan pelancong asing di Jalan Petaling, di sini semalam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain