suria

Manek Urai: PAS menang tipis?

KUALA KRAI Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS memperoleh kemenangan tipis dengan undi majoriti 65 untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Setakat pukul 8.40 malam, pemimpin-pemimpin PAS termasuk Ahli Jawatankuasanya, Datuk Husam Musa sudah mula memasuki pusat penjumlahan undi.

Terdahulu, difahamkan BN memohon diadakan semula pengiraan undi.

Dalam pada itu, setakat pukul 8.20 malam, PAS memperoleh 4,335 undi manakala BN 4,299 undi.

Perbezaan sebanyak 36 undi.

Terdahulu pada penjumlahan undi melibatkan lima pusat mengundi setakat 8.15 malam, PAS mendahului dengan 3,471 undi manakala BN pula 3,262 undi.

Perbezaan ialah 209 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain