suria

Lelaki menyamar wartawan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun

MELAKA: Seorang lelaki berusia 31 tahun hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah kerana menyamar sebagai wartawan sebuah televisyen tempatan pada awal bulan ini.

Majistret Muhammad Faizal Ismail memerintahkan Zulkifli Atan dari Batu Caves, Selangor, menjalani hukuman itu mulai semalam.

Mengikut fakta kes, Zulkifli telah memperkenalkan dirinya sebagai wartawan stesen televisyen NTV7 sehingga mendorong seorang petugas, Maznah Abdol, dari Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, untuk mempercayai beliau sebagai wakil dari stesen itu.

Zulkifli didakwa melakukan kesalahan itu rumah anak yatim berkenaan di KM17, Pantai Puteri, Tanjung Kling, dekat sini, pada 3 Julai lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili oleh peguam, didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan kerana menyamar dan dihukum mengikut Seksyen 419 akta yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Insp. Muhamad Juhari Harun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain