suria

Kualiti udara kekal sederhana

KUALA LUMPUR: Tahap kualiti udara di beberapa tempat di seluruh negara masih merosot, menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya hari ini.

Sehingga pukul 5 petang ini, 34 kawasan atau 68 peratus daripada 50 kawasan yang dipantau, menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana manakala 16 kawasan atau 32 peratus menunjukkan bacaan IPU baik.

Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana termasuk di Johor Muar (63) dan Pasir Gudang (78), di Negeri Sembilan Nilai (64) dan Seremban (59), di Perak Seri Manjung (67) dan Taiping (71), di Pulau Pinang Perai (67) dan Seberang Jaya 2 (90), dan Bintulu, Sarawak (78).

Di Selangor turut mencatat IPU sederhana iaitu di Petaling Jaya (63), Pelabuhan Kelang (79) dan Shah Alam (62) manakala di Kuala Lumpur Cheras (62) dan Batu Muda (66) selain Putrajaya yang merekodkan bacaan IPU sederhana (59).

Kawasan yang menunjukkan IPU baik pula termasuk Kota Tinggi, Johor (41), Tawau (45) dan Sandakan (29) di Sabah, Limbang (36), Sarikei (41), Miri (46) di Sarawak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain