suria

Enam lelaki larikan tujuh dulang barang kemas

PETALING JAYA: Enam lelaki bersenjatakan tukul dan pisau melarikan tujuh dulang barang kemas dari sebuah kedai emas yang baru dua bulan beroperasi dalam satu kejadian samun di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari apabila keenam-enam mereka menyerbu masuk ke permis kedai itu di Taman Seri Manja di sini, lalu memecahkan cermin pameran barang kemas di dalam kedai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata semua suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh dan menaiki tiga buah motosikal, mengambil masa kurang dua minit untuk melarikan barang kemas itu.

"Ada tiga pekerja di dalam kedai itu, semua mereka terus lari bersembunyi apabila melihat keenam-enam suspek meluru masuk ke dalam kedai," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

Beliau berkata kerugian dianggar kirakira RM300,000 dan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai itu.

Menurutnya ketika kejadian tiada pelanggan dan pengawal keselamatan di dalam kedai itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain