suria

Murid perempuan buat laporan polis, video diserang tersiar dalam YouTube

KUALA TERENGGANU: Seorang gadis berumur 13 tahun membuat laporan polis mendakwa beliau telah diserang oleh seorang rakannya kerana cemburu dengan kecantikannya.

Raknnya itu dikatakan telah mencalarkan mukanya di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun kira-kira pukul 2.30 petang pada 18 Jun lalu.

Kejadian itu telah direkodkan oleh rakan sekelasnya menggunakan telefon bimbit.

Rakaman tersebut kemudiannya telah dimuatkan dalam laman popular YouTube dengan tajuk 'Gadis Dungun dipukul oleh kawan karib' baru-baru ini.

Difahamkan bahawa kawan baik kepada Azani Juasharmiela Mohd Jaaffar mencalarkan mukanya dengan kuku kerana tidak berpuas hati dengan pujian yang diterima Azani.

Video tersebut kemudiannya ditemui oleh kakak Azani yang yang berumur 23 tahun ketika melayari internet di kampung mereka di Dungun Sabtu lalu.

Azani Juhaiza yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur terkejut melihat video adiknya yang dimuatkan dalam laman web berkenaan.

"Saya terkejut melihat adik saya menjadi mangsa oleh rakannya, kemudian saya menunjukkan video berkenaan kepadanya dan beliau mengakui wujud satu pergaduhan dengan kawan baik dia itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu semalam.

Artikel Berikut

Artikel Lain