Empat nelayan ditahan bantu siasatan kes rompak - Semasa | mStar

Empat nelayan ditahan bantu siasatan kes rompak

KOTA KINABALU: Polis menahan empat nelayan berumur antara 25 dan 33 tahun awal pagi semalam bagi membantu siasatan dalam satu kes rompakan di pantai barat Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata seorang dari mereka ditahan di rumahnya di sekitar sini manakala tiga lagi di Kudat kira-kira pukul 4 pagi.

Beliau berkata semua mereka ditahan ekoran laporan mengenai satu kejadian rompakan di Pulau Tiga di sini yang membabitkan sebuah bot yang sedang dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu.

"Kami percaya mereka ini mensasarkan botbot yang belayar di kawasan itu selepas pukul 7 malam, dan antara barang yang dirompak mereka adalah wang, jam tangan, telefon bimbit serta peralatan marin seperti Global Positioning Systems (GPS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas dua pistol automatik, 15 peluru dan barang bernilai RM6,000 yang dipercayai hasil rompakan daripada keempat-empat lelaki itu.

Menurutnya keempat-empat mereka disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) bagi kesalahan rompakan bersenjata.

Sementara itu Noor Rashid berkata Sabah mencatatkan penurunan 6.47 peratus dalam kes-kes jenayah sejak 1 Januari hingga semalam berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata 4,667 kes dilaporkan tahun ini berbanding 5,000 tahun lepas dengan majoriti keskes dilaporkan membabitkan keskes curi yang tidak serius.

Dalam perkembangan lain Noor Rashid berkata polis Sabah menahan dan menyiasat 8,755 orang yang dipercayai pendatang haram dalam operasi khas sejak 1 Januari.

Beliau berkata 2,987 daripada mereka dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, manakala 4,155 lagi masih ditahan untuk siasatan, dan selebihnya sama ada dibebaskan atau disiasat untuk lain-lain kesalahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain