suria

Persidangan Dewan Negara disingkatkan dua hari

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara yang sepatutnya berakhir 14 Julai ini disingkatkan selama dua hari berikutan urusan kerajaan yang lain telah diselesaikan.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Dewan Negara agar persidangan itu disingkatkan dan ditangguhkan hari ini.

"Saya telah menerima satu perutusan daripada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis mengumumkan supaya mesyuarat Dewan Negara yang sedang bersidang sekarang dikurangkan dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai 2009.

"Ini kerana rang undang-undang urusan kerajaan yang lain telah diselesaikan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10(2) peraturanperaturan mesyuarat majlis Dewan Negara," katanya.

Mengikut takwim persidangan Dewan Negara yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal kedua itu adalah dari 6 Julai hingga 14 Julai.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain