suria

Nasharudin sahkan turun Manek Urai Sabtu ini

KEADAAN Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang ditemui pagi tadi selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian usus di Hopital Serdang.
KEADAAN Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang ditemui pagi tadi selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian usus di Hopital Serdang.
KEADAAN Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang ditemui pagi tadi selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian usus di Hopital Serdang.

SERDANG: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan turun Sabtu ini bagi membantu kempen parti itu menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan dihalang daripada hadir di Manek Urai berkata, masalah kesihatan yang dialaminya sejak seminggu lalu menghalang beliau hadir lebih awal di bahagian itu.

"Sejak seminggu lalu saya mengalami masalah kesihatan... terasa sakit di bahagian usus.

"Saya datang ke sini Isnin lepas untuk dapatkan rawatan awal, kemudian doktor menasihatkan supaya saya datang semula hari ini...Alhamdulillah prosedur itu telah dibuat," katanya ketika ditemui selepas selesai pembedahan.

Beliau keluar Hospital Serdang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Ditanya mengenai perancangannya untuk membantu kempen di Manek Urai, beliau berkata beberapa program telah dijadualkan untuknya.

"Insya-Allah...doktor nasihat saya setidak-tidaknya berehat sehari dua lagi, kalau ikut jadual saya nak ke sana Sabtu ini.

"Saya akan pergi Sabtu ini dan akan bantu kempen-kempen yang telah diprogramkan untuk saya di beberapa tempat," katanya yang turut ditemani isteri.

Dalam pada itu menurut kenalan rapat Nasharudin yang turut menemaninya di hospital, pihaknya ada menerima maklumat bahawa wujudnya unsur halangan agar Nasharudin tidak berkempen di Manek Urai.

"Kami dengar memang ada halangan seumpama itu, tapi pihak PAS Kelantan tak boleh nak halang Nasharudin untuk turun berkempen.

"Beliau adalah pemimpin peringkat pusat malah Timbalan Presiden, jadi mereka tak boleh halang untuk beliau berkempen.

"Tapi walau apapun beliau tetap akan hadir di sana Sabtu ini, untuk kepastian lebih baik berhubung dengan Perhubungan Negeri Kelantan mengenai perkara ini...mereka lebih tahu," katanya yang enggan dikenali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain