suria

Lebih 1,000 tudung bernilai RM80,000 dirampas

TUMPAT: Anggota Pasukan Gerakan Am merampas 1,177 helai tudung bernilai RM80,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini di kawasan pangkalan haram Kampung Tualang di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Supt Rooslan Radzi berkata rampasan yang dibuat pada 6.30 petang semalam adalah hasil hasil risikan dan intipan.

"Beberapa lelaki yang sedang memungah empat bungkusan tudung itu di hadapan sebuah rumah kosong bagaimanapun sempat melarikan diri,' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rooslan berkata tudung-tudung berkenaan yang berharga RM70 sehelai dipercayai untuk pasaran luar Kelantan menjelang hari raya Aidilfitri nanti.

"Kita percaya menjelang musim perayaan nanti kegiatan penyeludupan seperti tudung, mercun dan haiwan ternakan akan meningkat," katanya.BERNAMA

Artikel Lain