suria

Malaysia komited tangani penyeludupan manusia, kata Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberikan jaminan kepada Australia yang Malaysia akan melakukan yang terbaik bagi menghalang pendatang tanpa izin daripada menyeludup masuk ke Australia, dan tidak mahu negara ini menjadi pusat transit.

Perdana Menteri berkata agensi keselamatan keduadua negara akan bekerjasama termasuk daripada segi rondaan, pengawasan dan pertukaran risikan.

"Kami telah bersetuju yang panglima pertahanan keduadua negara akan membincangkan cara dalam mencegah penyeludupan manusia," kata Najib kepada pemberita pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Australia Kevin Rudd di pejabat Perdana Menteri di sini.

Rudd singgah di sini dalam rangka lawatannya ke enam negara.

Najib berkata inisiatif baru dalam menangani masalah itu akan bertumpu pada langkah lebih awal termasuk pertukaran risikan dengan lebih banyak lagi.

Dilaporkan beribu-ribu pendatang tanpa izin yang sedang melarikan diri daripada perang dan masalah ekonomi sedang menuju ke Australia dan sesetengahnya didakwa menggunakan Malaysia sebagai pusat transit mereka.

Mengulas isu yang sama, Rudd mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang bekerjsama dengan Australia dalam memerangi aktiviti penyeludupan manusia yang disifatkan oleh beliau sebagai "perdagangan kejam".

Malaysia telah berjaya menyekat beberapa kumpulan daripada menyeludup masuk ke Australia, kata Rudd.

"Faktor untuk keluar telah memberikan tekanan kepada masalah ini. Faktor pendesak adalah daripada segi keselamatan dan kuasa ekonomi. Cabaran kami ialah menguruskannya daripada sumber, pusat transit dan tanah air. Kami akan mengambil setiap langkah praktikal dan tegas untuk memerangi perdagangan kejam ini," kata Perdana Menteri Australia.

Najib berkata perbincangan mereka turut menyentuh mengenai perdagangan, teknologi hijau dan pendidikan.

Mengenai perdagangan, Rudd berkata keduadua negara menikmati hubungan dua hala yang baik kerana mereka merupakan antara 10 rakan kongsi perdagangan teratas daripada kedua-dua hala.

Mengenai teknologi hijau, Najib berkata Malaysia berminat belajar lebih banyak lagi daripada inisiatif Australia dalam teknologi pengurangan pengeluaran asap karbon serta teknologi diperbaharui negara itu seperti tenaga solar.

Najib juga memaklumkan kepada Rudd bahawa Malaysia akan menganjurkan pameran pada tahun depan mengenai teknologi hijaunya. Rudd berkata negaranya bersedia bekerjasama dengan Malaysia dalam perkongsian teknologi hijau.

Mengenai pendidikan, Najib berkata 30,000 pelajar Malaysia kini belajar di Australia.

Rudd turut menghargai usaha bersama MalaysiaAustralia dalam melatih para guru Afghanistan di Malaysia pada ketika ini.

Perdana Menteri Australia itu turut mengucapkan tahniah kepada Najib bagi langkah ekonomi yang diumumkannya baru-baru ini. Rudd berkata beliau juga menantikan lawatan Najib ke Australia. BERNAMA

Artikel Lain