suria

Kualiti udara di seluruh negara pagi ini baik

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara pada pagi tadi didapati baik dengan bilangan kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik bertambah berbanding petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laporannya yang disiarkan dalam laman webnya sehingga pukul 11 pagi ini, mendapati 66 peratus atau 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik manakala 34 peratus atau 17 kawasan berada dalam zon sederhana.

Bacaan terakhir sehingga pukul 5 petang semalam, menunjukkan IPU di 42 peratus atau 21 kawasan merekodkan IPU baik manakala 57 peratus atau 29 kawasan menunjukkan IPU sederhana.

Kawasan yang masih berada dalam zon sederhana sehingga pukul 11 pagi tadi, termasuk di Johor Muar (61) dan Pasir Gudang (63), di Kedah Bakar Arang, Sungai Petani (52) dan Alor Setar (54), Port Dickson, Negeri Sembilan (54), di Perak Taiping (52) dan Tanjung Malim (57), Pulau Pinang Perai (54) dan Seberang Jaya 2, Perai (53), di Kuala Terengganu (54) dan Selangor Pelabuhan Kelang (58) dan Kuala Selangor (62).

Antara kawasan yang merekodkan IPU baik termasuk di Langkawi, Kedah (47), Bandaraya Melaka (45), Nilai (48) dan Seremban (39) di Negeri Sembilan, Shah Alam (46) dan Petaling Jaya (45) di Selangor, Batu (48) dan Cheras (47) di Kuala Lumpur, manakala di Putrajaya pula merekodkan IPU baik dengan bacaan 43.

Klasifikasi bacaan IPU ialah 050 (baik), 51100 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain