Lelaki ditemui rentung dalam limosin - Semasa | mStar

Lelaki ditemui rentung dalam limosin

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah limosin yang terbakar di tempat letak kereta Pangsapuri Skyvilla, Serdang Jaya dekat sini, pagi tadi. Kejadian disedari pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan apabila ternampak kepulan asap pada kereta itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan terdengar bunyi letupan kira-kira 6.45 pagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mangsa dipercayai sedang tidur dan pemeriksaan awal polis tidak mendapati adanya unsur jenayah pada mangsa.

"Kita masih menyiasat punca kebakaran dan menunggu laporan perubatan penuh daripada pihak hospital berhubung kes ini.

"Kita belum pasti sama ada mangsa dibunuh kerana tiada kesan mangsa diikat ataupun kesan minyak petrol ditemui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Larian Merentas Desa Kontijen Selangor 2009 anjuran Ibu Pejabat Polis daerah Ampang di Kampung Kemensah, Hulu Klang dekat sini, hari ini.

Khalid berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan polis sedang berusaha mengesan waris mangsa.

"Kita percaya mangsa adalah pemandu limosin berkenaan kerana dia ditemui ditempat duduk pemandu," katanya.

Mengenai kejohanan itu, Khalid berkata ia julung kali dianjurkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada anggota dan pegawai apabila kirakira 500 orang mengambil bahagian.

Kejohanan itu, yang akan dijadikan acara tahunan dengan penganjuran dibuat secara bergilirgilir oleh IPD, bertujuan mencungkil bakat pelari jarak jauh di kalangan anggota dan pegawai polis, menggalakkan aktiviti bersukan dan merapatkan hubungan sesama mereka.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain