suria

Najib ucap tahniah pada Obama sempena ulang tahun kemerdekaan Amerika

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan setinggitinggi tahniah dan ucap selamat bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama serta rakyat negara itu, sempena ulang tahun ke233 Amerika Syarikat esok.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri berkata beliau gembira kerana Kuala Lumpur dan Washington sentiasa menjalin hubungan yang akrab serta sangat baik, dan beliau yakin hubungan itu akan terus berkembang dalam tahuntahun mendatang demi manfaat bersama keduadua negara.

"Saya sentiasa mengharapkan untuk bekerjasama rapat dengan tuan ke arah merealisasikan matlamat ini, dan sekali lagi menyuarakan setinggitinggi harapan saya untuk bertemu tuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu dua hala serta melibatkan kepentingan bersama keduadua negara," katanya dalam perutusan itu. Salinan perutusan itu diperoleh Bernama di sini hari ini.

Najib turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Obama berikutan ucapan yang sangat baik dan memberi inspirasi oleh pemimpin Amerika Syarikat itu, terutamanya kepada dunia Islam, yang disampaikan oleh Obama di Cairo University pada 4 Jun.

Najib berkata beliau amat tersentuh dengan katakata yang baik dan pengiktirafan Obama terhadap kemajuan ekonomi Malaysia yang sangat mengagumkan dalam kalangan negara majoriti penduduk Islam ketika beliau berucap di ibu negara Mesir itu.

"Saya ingin bekerjasama rapat dengan tuan ke arah menjalin hubungan yang lebih baik antara negara tuan dan dunia Islam," kata Najib.

Malaysia dan Amerika Syarikat menjalin perkongsian yang pelbagai dan berkembang serta hubungan ekonomi dua hala yang boleh digambarkan sebagai teguh.

Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia manakala Malaysia pada masa ini merupakan rakan dagang ke18 terbesar Amerika Syarikat, dengan dagangan dua hala bernilai US$43.7 bilion pada 2008.

Pada Jun 2006, Kuala Lumpur dan Washington mengadakan rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas dua hala. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain