suria

DAP cuba mengongkong pakatan pembangkang - Zulkifli

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen KulimBandar Baharu Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkata DAP perlu berhatihati dengan tindak tanduk mereka yang kini dilihat cuba mengongkong seluruh pakatan pembangkang.

Beliau berkata tindakan DAP Kedah mengugut keluar dari Pakatan Rakyat adalah tindakan yang tidak bijak.

"Nasihat saya pada DAP supaya lebih berhatihati kerana tindakan mereka seperti membelakangkan Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Selain itu, beliau menyokong tindakan kerajaan negeri Kedah yang membenarkan perobohan satusatunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu betul dan pengusaha penternakan babi itu telah diberikan tempoh sebulan untuk berpindah ke tempat lain namun selepas sebulan tidak berpindah, mereka (MBAs) robohlah," katanya.

Zulkifli berkata isu membabitkan pusat penyembelihan babi adalah isu lama yang telah berlarutan dan menurutnya kerajaan negeri juga sudah memberi notis namun tidak diendahkan pengusaha terbabit.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh ketika diajukan soalan mengenai perkara itu bagaimanapun enggan mengulas dan menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng untuk membuat kenyataan mengenai kemelut itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain