suria

Abu Talib tak layak terajui Suhakam - Nazri

DIKRITIK..Presiden Suhakam yang baru Tan Sri Abu Talib Othman dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
DIKRITIK..Presiden Suhakam yang baru Tan Sri Abu Talib Othman dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
DIKRITIK..Presiden Suhakam yang baru Tan Sri Abu Talib Othman dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik Perak baru-baru ini.

Ketika menyatakan demikian di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.

"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya.

"Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa menjawab soal yang dibangkitkan oleh Tian Chua (PKR-Batu), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.

Dewan Rakyat yang mengakhiri sesi sidangnya lewat malam tadi, membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (Pindaan) 2009.

Nazri berpendapat Abu Talib tidak perlu membuat kenyataan sedemikian memandangkan isu Dewan Undangan Negeri tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Suhakam.

"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya.

Malah pelantikan peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam juga dikritik oleh anggota Dewan Rakyat.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah, dilantik sebagai pesuruhjaya Suhakam.

"Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam," tambah Nazri.

Tian Chua juga membangkitkan pertanyaan sama ada seorang pesuruhjaya Suhakam boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan mewakili ahli-ahli politik di mahkamah.

Menjawab soalan ini, Nazri memberitahu, seseorang pesuruhjaya seharusnya membezakan peranan sebagai peguam mewakili anak guaman dan anggota Suhakam.

Terdahulu Nazri berkata, pesuruhjaya Suhakam tidak harus berat sebelah dalam pendirian mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain