103 projek semua koridor telah dimulakan - Najib - Semasa | mStar

103 projek semua koridor telah dimulakan - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata sebanyak 103 projek atau 46 peratus daripada 224 projek yang disenarai untuk dilaksanakan di semua koridor, telah dimulakan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kebanyakan projek masih dalam peringkat awal pelaksanaan iaitu melibatkan kerja-kerja seperti kajian reka bentuk, penilaian impak alam sekitar (EIA), ukur tanah dan penyediaan tapak.

"Dari segi bilangan projek yang telah dimulakan mengikut koridor, Iskandar Malaysia mencatatkan pelaksanaan sebanyak 100 peratus dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kira-kira 43 peratus," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Hee ingin tahu mengenai status koridorkoridor yang telah diumumkan bekas Perdana Menteri dan sama ada kerajaan akan terus menjalankan projekprojek tersebut.

Najib berkata bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), sebanyak 45 peratus projek telah dimulakan manakala Koridor Pembangunan Sabah (SDC) pula 28 peratus manakala Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebanyak 100 projek.

Menurut beliau, sehingga kini, nilai pelaburan yang diperoleh melalui perjanjian kontrak di keseluruhan koridor pertumbuhan adalah sebanyak RM155.71 bilion atau 7.4 peratus lebih tinggi berbanding nilai pelaburan disasarkan dalam tempoh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu sebanyak RM145 bilion.

Najib berkata kerajaan akan meneruskan inisiatif koridor pertumbuhan itu bagi menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri.

"Pendekatan ini akan menggunakan kelebihan kekuatan sedia ada di kawasan membangun untuk dikembangkan ke kawasan berpotensi di wilayah berkaitan serta memberi tumpuan kepada pengoptimuman sumber yang ada sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata program pembangunan itu juga memastikan masyarakat tempatan mendapat faedah menerusi penwujudan peluang pekerjaan, keusahawanan dan penyediaan perkhidmatan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

"Kerajaan percaya dari segi jangka panjang, faedah pelaksanaannya boleh diterima oleh semua rakyat termasuk masyarakat di luar bandar," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Indonesia dijumpai mati dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan