suria

Perbezaan agama tidak halang pelaksaan konsep 1Malaysia

KANGAR: Perbezaan agama dalam masyarakat majmuk di negara ini tidak menghalang proses merealisasikan gagasan 1Malaysia apatah lagi semua agama mengutamakan perpaduan, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Bagaimanapun, katanya, pencapaian konsep 1Malaysia itu bergantung kepada keikhlasan rakyat bagi menjayakan citacita murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu masyarakat bersatu mencapai citacita negara.

Berucap menutup seminar Kesempurnaan Hidup Beragama, anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis, di Bukit Ayer, dekat sini, hari ini, Md Isa yakin rakyat Malaysia yang ikhlas sentiasa mengutamakan perpaduan walaupun mempunyai perbezaan agama dan ideologi politik.

Katanya, kerajaan sentiasa mendokong citacita murni ke arah masa depan negara yang lebih mantap dan agenda perpaduan sentiasa diutamakan melalui konsep 1Malaysia.

Seramai 70 peserta terdiri daripada anggota tentera Regimen 2 Kor Polis Tentera termasuk regimen 504 Askar Wataniah menyertai seminar dua hari yang bertemakan "Kesatuan Asas Kemurnian dan Kemanahan Ummah". BERNAMA

Artikel Lain