Baju 'Upin dan Ipin' rampasan utama di Selangor - Semasa | mStar

Baju 'Upin dan Ipin' rampasan utama di Selangor

SHAH ALAM: Baju watak kartun animasi 'Upin dan Ipin' adalah barangan rampasan utama mengikut Akta Hak Cipta 1987 oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor bagi enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Penguatkuasanya Ahmad Md Isa berkata bagi tempoh Janurai hingga Jun lepas, sebanyak 4,444 helai baju watak kartun Upin dan Ipin dirampas setelah pemilik eksklusif watak kartun animasi itu, Les' Copaque membuat laporan berhubung penggunaan watak kartun itu tanpa kebenaran.

"Harga bagi setiap baju dianggarkan RM10 dan diedarkan oleh pemborong tanpa kebenaran syarikat pemilik watak kartun animasi itu. Nilai rampasan yang telah kita buat ialah kirakira RM44,440 kesemuanya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan baju itu dirampas daripada pengeluar, pemborong dan penjual di kedaikedai dan pasar raya di negeri itu.

Selain itu, Ahmad berkata bahagian itu merampas sejumlah 38,625 keping VCD dan DVD cetak rompak serta 66 unit komputer yang mengandungi perisian tidak berlesen bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata dalam dua kes terbaru semalam, sebanyak 17 komputer peribadi dan 147 perisian komputer cetak rompak dirampas dari dua premis, masing-masing di Kota Kemuning di sini dan Kajang.

Katanya, rampasan di Kota Kemuning membabitkan sebuah syarikat pembekal perkhidmatan kejuruteraan perindustrian dengan sebanyak lapan buah komputer peribadi dan 71 perisian komputer cetak rompak bernilai RM591,900 disita.

Serbuan kedua dibuat di sebuah syarikat pembuat barangan besi di Kajang di mana sebanyak sembilan komputer peribadi dan 76 perisian komputer cetak rompak bernilai RM612,500 dirampas, katanya.

Ahmad berkata antara perisian cetak rompak yang digunakan ialah Adobe Illustrator, Autodesk AutoCAD, Autodesk Investor, Microsoft Windows, Microsoft Office, SolidWorks Office Pro dan MasterCAM9.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan mereka yang terlibat boleh dipenjara lima tahun atau denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langganan atau keduaduanya, jika sabit kesalahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.